*
*
*
Thursday, December 30


so, wazap?

me?

a lot.

i want to do sthg different today. i am going to write in malay. so.. sorry for any inconvenience caused. but heck, it's MY blog anw.

seperti biasa, masa lapang dan hari2 cutiku diisikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menggerekkan. pada hari natal yang lalu (atau lebih tepat lagi, malam hari natal), aku dan keluarga telah mengadakan jamuan bakar2 untuk sanak saudaraku yang berdozen2. kebanyakan yang hadir terdiri dari keluarga di sebelah mamaku yang bersemangat kental, jitu dan padu. keluarga di sebelah babaku tidak dapat menghadirkan diri masing2 atas sebab2 yang ada kalanya tidak munasabah. walau apapun, wateverlah.

kegiatan malam itu boleh dikatakan berjalan dengan sempurna. cuaca redup dan sayup, bekalan elektrik dan air tidak terputus, api atau bara untuk membakar amat cantek dan permainan juga best2 belaka. hanya yang tak best nye,ayam untuk dipanggang sebanyak 5 ekor telah meghaibkan diri dengan cepat dan sekelip mata bagaikan biskut chipsmore yang sekejap ada, sekejap takde. rupa2nya, ayam2 tersebut telah pun selamat dihadami oleh piranha2 yang terdiri dari keluarga dan juga budak2 kampung. namun begitu, nasibku sungguh baik kerana aku telah dapat menyelamatkan sebahagian kepak ayam dari ancaman mereka dan gigi2 mereka. burp. alhamdulillah.

selain dari ayam, ada juga makanan2 jari (fingerfood) seperti anjing panas dan juga bermacam jenis bebola. babaku juga telah memborong 8 kilo ikan pari yang telah disiang oleh adik sedaraku yang berbadan besar namun selalu dibuli. terdapat juga ikan cencaru dan daging yang dibakar di atas batu marmar gara2 ingin meniru gaya korean bbq.

sebenarnya, seminggu sebelum itu, benak hatiku ini telah berkobar2 untuk mengadakan beberapa permainan untuk kanak2 yang masih di bawah umur yang beribu2 lemon itu. dari itu, aku telah ke value dollar shop untuk membeli barang2 yang boleh dijadikan hadiah untuk kanak2 demikian. memang lah niat hendak bermurah hati, tapi apakan daya, barang2 cheapskate di kedai itu sajalah lah yang dapat ku mampui. walau apapun, mereka tetap gumbira, dan aku gumbira melihat mereka gumbira dan apabila mereka gumbira mereka kata "wah! best ar kak ain!". kak ain memang best. itu suatu yang tak dapat dinafikan.

aku dan babaku talah menjalankan 4 permainan.

1) diri atas suratkhabar secara berpasangan. step off, lipat separuh, step on. sesiapa yang kakinya menjejaki tanah dikira OUT. proses ini diulangi sehingga lah pemenang ditemui. pemenang permainan ini adalah oyah dan milah.

2) berdiri dengan sebelah kaki (iaitu kaki kanan) dan meluruskan kedua-dua tangan seolah2 mencapai langit. berdiri sampai rebah. kalau tangan diturunkan atau kaki lengoh, OUT. apabila yang lembik2 sudah terkeluar dan hanya tiga yang tinggal, pose ditukar. tangan kanan diangkat ke tepi, sama paras dengan ketiak. tangan kiri pula memegang hidung. pemenang permainan ini adalah wan wak.

3) cabutan bertuah dengan hadiah utama yang merupakan jam tangan powerpuff girls yang aku dan parentsku telah dapat sebagai free gift ketika shopping di robinsons centrepoint tempoh hari. pemenang utama--> yana.

4) meneka berapakah jumlah gula2 hacks yang ada di dalam botol. jawapannya: 52. pemenangnya--> yana dengan tekaannya sebanyak 50. (dia lagi. lucky seh).

mak bapak ku juga telah memberikan budak2 tu semua belon, bunga api, gula2 dan juga party horn yang budak2 itu gunakan untuk memekak sehingga baby nabilah yang dekat rumah sebelah tu tak boleh tidur. oops.

tapi, sekadar jam 11 mlm, budak2 itu lesap dari pandangan, sekali lagi dengan munggunakan ilmu dan skil ghaib mereka yang kencang itu. apa lagi, kitorang pun masok tidur. tapi makcik2 dan adik2 sedaraku sekalian yang lepak secara berserak di hall rumahku itu umpama warga iraq yang terdampar akibat serangan bom enggan tidur. disebabkan itu, mereka telah berbual, bercerita dan bergosip hingga selepas dinihari. malangnya, aku dah kena tembak siang2 kerana penat giler. jadi tak dapatlah join.

keesokan harinya, babaku telah mendendangkan lagu jingle bells pada jam 7 pagi untuk membangunkan semua orang. suaranya yang bukan saje kuat tapi juga sumbang telah berjaya menggetarkan gegendang telinga masing2 sehingga semua terjaga dari alam mimpi. good morning dah dei.

hari itu babaku telah mengumpulkan semua lanang2 yang ada dalam rumah itu yang sudah cukup umur. mereka telah dititahkan untuk memasang 2 pancang menggunakan kayu broti, ditengah-tengah kolam yang ada dekat dusun kitorang. aku telah menjadi videowoman. haha!! kelakar giler wa cakap lu!! pelbagai aksi2 yang dipersembahkan, buat kerja pun boleh merepek. tapi begitulah lazimnya jika keluarga kami berkumpul. ada saje stori2 atau adegan2 yang tak senonoh.

Lepas tu, lanang2 itu telah menangkap ikan pacu dan juga ikan tilapia hitam yang dipelihara di dalam akuarium giant babaku (perukuran 10X10X7 ft). sungguh aneh dan lawak giler melihat dugung2 itu di dalam aquarium. lebih best dari pegi underwaterworld.

malam tu.. makan ikan bakar lagi. fresh2! mata ikan2 masih mendelik2 lagi! FOOH. best giler.

malam tu jugak, kitorang balik ke singapore. adik2 sedaraku yang miang2 malas nak balik, jadi diorang tidurlah dekat rumahku. best jugak, macam ada adik2 yang tak pernah ku alami. haha.

hari tuesday tu aku dan keluarga makcikku telah ke jb kerana pada hujung minggu tu aku ada menyampaikan hasrat untuk mengunjungi city square yang tak pernah ku jejaki selama ini. FUYOO. shopping sakan. seperti kata pakcikku "joli katak!". atas desakan adik2 sedaraku yang obviously sayangkan aku macam mane aku sayangkan diorang, aku pun decide untuk tidur di rumah makcikku yang terletak di Simei itu.

Adik2 sedaraku yang pompuan2 ketawa terkekek2 sampai malam seh. nak tidur pun ketawa. lepas tu malam2 mereka telah mengigau lalu menendang2ku seolah2 nak kene taplekan ku ini. ape saje. seperti biasa, mereka juga sibuk dengan pertanyaan "kak ain ade boyfren tak?". stress wa cakap lu. setelah membongkar segala khazanah ku seperti wallet dan handphone ku barulah mereka percaya yang aku ni masih single dan unwanted lagi. in short, "kak ain takde boyfren lah".

Ya, demikianlah rentetan seorang remaja masakini buat masa ini yang berprinsip moden tapi berjiwa ol' skool.

Bak kekata David Arumugam Alleycats, "Terima kaSEYYYY!!!"

Tt's all folks. I'll revert back to english.. haha.. don't tension.


Posted by theblackazure @ 1:15:00 AM
link this post |

ABOUT ME
I eat children for breakfast, I like my boys big and thick and I looove scratching my nose. My alter ego? She's that girl your mother warned you about.


ABOUT THE BLOG
Documenting parts of my rather uneventful life with writings that ocassionally display my schizophrenic tendencies. Blame it on the Gemini starsign.


TAGBOARD

BLOG ARCHIVES


OTHER BLOGS

LINKS AND THINGS

thanks
Designed by dragonfae
Hosted by BLOGGER.com
Thanks to blogskins.com