*
*
*
Tuesday, September 4


keris senjata pahlawan purba, ilmu senjata generasi kita.

pantun spontan. dua kerat. sebabnya? sebab tiba-tiba terfikir pulak tentang ke-melayu-an kita ni.

nampak-nampaknye orang Melayu Singapura semakin rancak mengorak langkah dan menunjukkan taring di pentas dunia dalam pelbagai bidang. Secara semulajadi, bidang perniagaan menjadi tumpuan buat diri i. Sehingga terfikir sejenak, orang cina dan india sudah ada jutawannye, malah dah ada billionaire pun. orang melayu bila lagi? malah, ada ke istilah "billionaire" yang telah di-melayu-kan? kalau takde, mungkin sudah tiba masanya untuk ade-adekan istilah itu. kalau tak, nanti kalau i jadi billionaire nanti, tak tau pulak macam mana u nak memerikan i..

hee2. mungkin ade orang yang cakap "Cheh! Perasan taik.. Billionaire konon.."

Pada orang2 yang berfikir begini, i nak cakap.. "Relaks ah beb.. Kata angan2.. Mak bapak lu dulu tak ajar bercita2 ke?"

Pada i, cita2 atau angan2 itu amat penting sekali. Tapi, sayangnya, i dapati yang secara umum, tidak banyak ibu bapa melayu yang menggalakkan anak2 mereka agar mempunyai cita2 yang tinggi. Sebaliknya, mereka sering berkata, "Ah, biar ala kadar sahaja.."

bagaimana hendak maju jika cara pemikiran masih cetek sebegitu? jelas, suatu anjakan paradigma diperlukan terutama sekali, bagi mereka yang dari keluarga berpendidikan rendah, yang mungkin tidak memahami peri pentingnya ilmu itu dalam meniti kehidupan kelak.

pemikiran sambalewa sebegini selalunya dikaitkan dengan cara kehidupan kita, orang Melayu/Islam yang selalu dinasihati supaya hidup dengan cara yang sederhana dan bukan dengan mewah. Kami juga diingatkan agar tidak mengejar harta dunia kerana ia fana.. tetapi, bukankah kita juga digalakkan oleh Rasul kita.. kalau mengejar ilmu, biar sampai ke negeri cina. (zaman dulu2 takde kapalterbang beb.. kalau nak ke negeri cina menaiki unta.. memakan masa sehingga 3 bulan hanya untuk sampai ke tempatnya).

mencari ilmu dan meningkatkan diri bukan soal periuk nasi perseorangan sahaja.. ini menjadi soal rumpun dan masyarakat kita.

jika dibandingkan dengan jiran2 kami yang besar2 belaka dan berjuta-juta lemon pula penduduknya, masyarakat kami di Singapura boleh dikatakan masyarakat contoh. sudah ada nama yang terbilang dan ramai yang bermastautin di negara orang.. kalau dulu orang "berlayar" kerana merajuk.. kini orang "terbang" ke negara lain kerana peluang yang lebih baik.

teringat pada pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri".

masih relevan lagikah peribahasa ini?

walauapapun, kami masih banyak lagi ketinggalan, terutama dalam bidang perniagaan. sebagai penuntut bidang ini, saya tahu yang perbezaan kemahiran berniaga antara bangsa melayu dan bangsa2 lain amat ketara sekali. pada persepsi i, ramai yang menjadikan undang2 perniagaan Islam, seperti riba' atau isu "duit bunga" sebagai alasan. sebenarnya, jika sesuatu perniagaan itu diamati, kejadian riba' itu sukar untuk berlaku kerana adanya "hidden costs" yang terselit2 dan yang selalu kita lupa untuk ambil kira. A thorough knowledge in accounting will make you realise that there is a lot more cost involved in running an enterprise than what is written in your balance sheet. Yang penting tu niat kita biarlah baik beb..

"Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau".

i fikir, sudah tiba masanya untuk kita runtuhkan tempurung usang yang kita duduki ini. i fikir, sudah tiba masanya kita berhenti main sembunyik2. i fikir, semangat gotong royong yang dulu ada di kampong harus dirombak dan diapplikasikan kepada rumpun melayu secara umumnya.

kenapa? sebab kami cintakan rumpun kami.. kami percaya yang takkan melayu hilang di dunia.. dan walaupun i ni sememang-memangnya sekadar melayu celup dan dalam kad merah jambu terpampang INDIAN sebagai kaum i, i lebih senang dikenali sebagai seorang melayu.. sungguhpun i tak pernah mendapat pendidikan percuma sebab my IC SAYS THAT I AM NOT MALAY.

begitu kuat daya tarikan rumpun melayu ini sehingga orang yang tak sepatutnya tergolong dalam kaum ni nak join sekaki. We have a lot of unique talents as a community, complete with high moral and ethical standards. Isn't it time we did something for our own people?

sigh.

Kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tiada berbau beb.


Posted by theblackazure @ 11:10:00 PM
link this post |

ABOUT ME
I eat children for breakfast, I like my boys big and thick and I looove scratching my nose. My alter ego? She's that girl your mother warned you about.


ABOUT THE BLOG
Documenting parts of my rather uneventful life with writings that ocassionally display my schizophrenic tendencies. Blame it on the Gemini starsign.


TAGBOARD

BLOG ARCHIVES


OTHER BLOGS

LINKS AND THINGS

thanks
Designed by dragonfae
Hosted by BLOGGER.com
Thanks to blogskins.com